BullDogBlog

Just another WordPress.com weblog

Jawablah!: Nafi pergunakan Mawi

Untuk majlis pernikahan, program itu disiarkan di Astro Oasis, persandingan di Kulai, Johor pula di Astro Prima manakala resepsi dan acara kemuncak kepada majlis perkahwinan Wedding Of The Year ini yang bakal berlangsung di Palace Of The Golden Horses Ahad ini pula menjadi hak ekslusif Astro Ria.
Dan gara-gara kekerapan pihak Astro menyiarkan program seperti ini, timbul rungutan yang mengatakan ada yang jemu dan muak dengan program sebegitu.
Malah menerusi ruangan Normah Becok, Jumaat lalu mendakwa Astro bagaikan ketandusan program sehingga terpaksa menyiarkan program sedemikian walaupun menyedari kebanyakan bosan apabila disogokkan dengan program yang tidak mendatangkan manfaat buat mereka.
Namun perkara ini disangkal Ketua Perniagaan Bahagian Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh sambil menyifatkan tidak salah buat mereka meraikan perkahwinan Mawi dan Ekin dengan cara seperti itu kerana majlis perkahwinan pasangan ini adalah satu acara yang besar dan penuh gemilang buat stesen berkenaan.

Fonte: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20090107073541/Article/index_html

Gennaio 11, 2009 - Pubblicato da bulldogblog | Uncategorized | | Ancora nessun commento.

Non c’è ancora nessun commento.

Lascia un commento